|
|
| Tuesday, 29-Apr-2008 05:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BENGKEL JAHITAN MANIK & LABUCI
|
|
SEREMBAN : 04.05.2008 (AHAD) ASAS & LANJUTAN
KUALA LUMPUR : 11.05.2008 (AHAD) ASAS
SHAH ALAM : 01.06.2008 (AHAD) ASAS
MASA : 10.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG
BAHAN-BAHAN, NOTA, MAKAN TENGAHARI DISEDIAKAN.
KAMI MENGADAKAN PELBAGAI PATERN & DESIGN MANIK (PESERTA AKAN TERUS MENDAPAT IDEA/PATERN BILA SELESAI MENJALANI BENGKEL INI & MENGAMBIL TEMAPAHAN) .DISAMPING ITU KAMI MENGADAKAN PAMERAN BAJU IAITU KOLEKSI KAMI SENDIRI UNTUK TATAPAN PESERTA. JUALAN MANIK JUGA DIADAKAN. PESERTA DIGALAKKAN MEMBAWA PAKAIAN SENDIRI ANDAI MEREKA MEMERLUKAN KAMI MEMBERI CADANGAN WARNA DAN DESIGAN MANIK YG MEREKA PERLUKAN.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 24-Apr-2008 01:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MAYANG MENGURAI
|
|
Baju Puan Rohana. Dia kawan baik Puan Lin yang tempah manik tabur sempena Maulud Nabi hari tu.. Dan ada lagi satu baju Puan Lin belum siap... (sabar ye.. Kak Ana yang nak cepat nk pakai 26hb)..
Baju ni Yaya namakan "Mayang Mengurai" .. Tapi diantara sesama kami, kami gelar patern ni, "Nek Nak" sebab berjurai2 nampak lain macam Adoiii...
Batik sutera Puan Rohana nampak cantik plak bila warna n susunan manik, labuci n kristal ni Yaya susun kemas2...(Ingat ada satu baju oren nak buat macam ni juga...) Tapi daku fail betul bila ambik gambar, asik nampak tak cun.. letak hanger pun tak kena, letak kat depan cahaya pun tak kena... Ni nak kena p berguru ni...
Lehernya....
Tangannya.... Simple je tak bole sarat nanti tulang ayam terlekat lak
Badannya
Harap Puan Rohana berpuas hati...
| Quote: | BntB - kita dah p tengok dah awal2 lagi sesudah subuh
Rozie - sori lah tak dapat tunjuk padamu baju ni, tuan tanah (kedaung ) nya nak cepat...
Sarimah - ekau ni buek2 tak tau pulak, kek kodai auntie kek seromban ado jual manik. Tapi kuk tang yang meriah macam astro ceria tu boli kek KL. Amoi pun ado jual raso eh kuk ekau nak . Yang ni den berkonan sikit sobab ghoman eh senereh laei dari baju pink kek ms 6 FP ni tak silap... |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 23-Apr-2008 05:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SEPASANG KURUNG BIRUKU..
|
|
Dah macam lagu Khairil Johari lah pulak (lagu raya peberet ku).. . Lupa plak ada lagi satu baju biru tercicir... Baju ni sekali je pakai sewaktu Balai suamiku buat perjumpaan bekas Ketua Polis Balai SSB.
Pas tu tak pakai dah.. malu lah plak nampak sarat sangat. Sekarang baju ni dah tinggal rangka sebab manik2 sudah ditanggalkan. Yang tinggal cuma border n batu kristal yang belah dalam tu je. Nanti bila tangan dah ok, projek ni akan ku teruskan. Tak nak letak manik rapat2 sangat nanti...
Gambar tangan tidak lah pulak ku ambil... Yang ada ni pun cuma hujung leher je..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 21-Apr-2008 06:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
DARI ALBUM... BIRU BIRU DAN BIRU...
|
|
Tak tau lah gambar ni dah letak kat mana-mana ke belum.. Kalau dah ada, maaflah ye. Memory dah lemah dah skg. Tiga2 warna biru.
Tanganku ini masih sakit, tak menjahit dah pencen kejap. Itu yang korek album lama. Baju-baju yang ada org tempah ni nak bagi kat Yaya jahit semua...
Ada 3 pasang baju biru ni rasa nya belum ada letak
Yang ni baju tuan tanah . Dah lama dah tp baru sekali pakai. (biasa baju2 daku yg bermanik macam tu lah - buat pameran kat kelas sajorkkk).Lagipun bila pakai ternampak lah segala lemak2 yang ada...Baju ni lah yang kakakku tiru masa Rina kahwin tu...
Gambar leher je, tangan nya daku tak ambil gambar. Sama je cuma nipis sikit..
Yang ni baju Yan (pengapit Rina). Dia tempah lepas Rina kahwin.
Gambar 2 dalam 1. Leher dan tangan..(Jimat ruang n masa)
Buah rantai
Yang ni baju tailor tempah, Yaya yg jahit...Baju ni tetap ku ingati sebab ambil dari Yaya selepas ku selesai memangkah undi... (errr bila ar tarikh nyeee???)
Leher...
Tangan ....
Ada lagi gambar album... tunggu lah ye. Ada yang dalam almari belum ambil, itu lagi banyak keja nye. Nak snap lagi, nak edit lagi...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 18-Apr-2008 13:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SAMBUTAN MAULIDURRASUL & MENANGGG
|
|
Alhamdulillah, Perkep Balai Salak Selatan Baru telah mendapat tempat pertama didalam Sambutan Maulud Nabi tahun ini. Kemenangan ini mungkin berdasarkan perarakan, kerjasama dan pakaian setiap Ahli lah juga...
Di kesempatan didalam FP Kilauan Mustika ini, saya merangkap Pengerusi Perkep Balai Salak Selatan baru mengucapkan tahniah kepada semua Ahli dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diatas kerjasama dan usaha yang dilakukan oleh Puan2 semua. Walaupun ada antar suami Puan2 yang bertugas (usaha mencari dan menyelamat budak 11 tahun yang hilang di lombong), namun masih berkesempatan menolong kami menjayakan majlis ini. Nampaknya usaha kita ini berbaloi. Ada ahli yang tido pukul 2, 3 pagi untuk siapkan baju. Ada anggota wanita yang siapkan baju beberapa jam sebelum majlis berlangsung.. Terima kasih sekali lagi.......
Perarakan bermula... Berarak sambil berselawat
Saya bangga mengetuai Perkep SSB, kebanyakan xtvt melibatkan ahli2 SSB. Kak Sarina mengaji ...
Perkep SSB & Perkep SS mendendangkan nasyid... (lagu yg menang sewaktu di IPK KL)
(Baju ahli Perkep SSB bling bling lah juga walaupun dari kejauhan)
Ceramah daripada ustaz... Pesanan ustaz tetap kami ingati.. Berkenaan dengan rezeki yg sudah ditentukan, ajal maut jodoh pertemuan dan qada dan qadarNya...Insaf dan tersentak juga
Kami mengabdikan gambar sebelum jamuan... Perhatikan manik n hadiah yang kami perolehi
KM :
| Quote: | Dik Ja... aduh begitu sekali kata-katamu.. Akak terus berharap dan berdoa agar terus dapat berbakti bukan saja kepada Perkep tetapi kepada orang yang memerlukan. Mana yg boleh akak bantu, akan akak buat mengikut kemampuan. Betul, sekarang ni apa yg kita buat... baik atau buruk... hasil dan kesannya tetap ada... Bukan akak harap balasan, tetapi kepuasan.. Tangan akak masih sakit, semua baju tempahan yang ada mungkin petang ni akak bagi kat Yaya...Kalau Ija rasa malas nak jahit, masuk je sini |
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 17-Apr-2008 11:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
JARI-JARIKU SAKIT SEMUA...
|
|
Kena berhenti sekejap menjahit manik. Tak tahan jari manis sebelah kanan dah sakit, kebas n berdenyut2. Kalau ku teruskan takut kejang lah pulak. Minggu ni dah berapa pasang jahit dah, ada antara baju ni dah siap tangan, sambung badannya pulak. Begitulah sebaliknya. Ni antara contohnya :-
Baju ni nak pakai esok sambutan Maulud Nabi di IPD Cheras. Gambar tangannya dah paste sebelum ni. Jadi dah berbincang dengan semua ahli Perkep, sepakat buat beberapa kuntum bunga di depan baju. (badan). So, inilah hasilnya. Bunga yang sediaada kecik je, lukis sendiri jadi besar. Motifnya masih dikekalkan. Ada 3 kuntum bunga...
Rasanya sebelum ni ada paste gambar batik ni, masa tu cuma jahit kat depan baju (badan) je. Tangannya masih kosong waktu tu. Kain ni beli daripada Ann WMC. Ini gambar tangannya...
Kuntuman besar ni kat sait (betul ke eja??) lengan baju. Yang kuntuman kecil tu kat sebelah kiri kanan lengan.
Yang kuntuman kecil tu kat sebelah kiri kanan lengan.
Ini uniform baru KM. (Kilauan Mustika)... Semua tenaga pengajar mesti jahit manik/labuci kat baju masing2. Ini tuan tanah punya, siap jahit petang tadi....
Ini lah baju queen double sepupu hubby tu. Dah siap pagi tadi...Kat tangan je. Dia ustazah, tudung labuh, tak perlu buat kat leher. Cuma dia minta buat kat badan. Nanti sambung sebab bunganya besar n idea belum sampai...
KM :
| Quote: | Sarimah - Tq kerana rajin datang sini. Sekarang muzz kerap update sebab tangan tak bole menjahit..Ini pun sakit lah juga tapi tak sesakit sewaktu menjahit. Suami u tugas di mana?? Nak belajar advance bole, call me ok... Dah ada asas ke??
Pn Norma - sakit jari telunjuk? Itulah.. kena rehat kan. Kalau dah ok baru saya nak mula balik
Rozie - mana? mana? bak sini nak tengok uniform awak plak
Haida - akak sedang berusaha ambil gambar step by step buat semua patern yang di ajar. Tapi asik lah tergendala...Bole tolong??
Ija & BnTB - Tq sayanggggg.... Uniform??? Errrrrr Errrrrr
Sarimah, sms no fon. Den bab2 email ni adoi lah punyo maleh eh .
Haida... jgn merajuk kalau teori je bole faham ke? Haida ambil 7 manik bulat (round) warna kuning, jahit lurus ke atas, parking. Kemudian jarak dalam 0.5cm naikkankan jarum selari dengan tempat haida parking tadi. Masukkan 7 manik bulat warna silver haida susupkan bawah 7 manik bulat warna kuning tadi. (dia jadi bersilang) Adoi da.. bole faham tak??? |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 16-Apr-2008 04:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MANIK TABUR CIKGU RODIAH LAGI DAA...
|
|
Baju Cikgu Rodiah... (3 pasang). Dia suka manik tabur.. Cikguuuuuuuu baju dah siap datang lah ambil... hehehe
Kurung kuningnya...
Kebaya merah hitamnya .. (1 gambar je ambil). Yaya yang jahit.
Kebaya peach nya...
tangannya .... Yaya jahit
Depan badan..... Muzz jahit (EOM)
KM :
| Quote: | Sarimah... banyak faktor menyumbang keaadan itu... 1) malas n tak da masa + nak cepat 2) PC n tuannya yg lembab 3) sesaje bagi orang berfikir |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 16-Apr-2008 04:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BADI...
|
|
Jahit manik ni pun ada badi.. Kalau tengah buat paten EOM, ada customer datang tengok... mereka pun nak paten tu... Hari tu buat Queen double untuk adik ipar, dah ada 2 orang minta buat patern yang sama .. Kak Munah nama customer tu. Hari tu p jumpa dia nak tempah barang, dia minat dengan queen double. Lepas tu jiran mak mentua (merangkap sepupu hubby) tengok patern tu, dia pun minta juga. Ini baju Kak Munah, baju sepupu hubby belum siap, masih dalam proses..(baru siap satu baris)
Leher ...
Leher & tangan....
Buah rantai...
Ini baju kawan Kak Munah pula... nama nya Kak Gayah. (nama2 yang senang untuk di ingati) . Terima kasih Kak Munah promote kawan2...Dia tengok pintalan 4 dara, dia pun nak patern tu. Kemudian dia nak juga beriring 4 dara
Yang ni pula baju Puan Lin. Baju ini akan digunakan pada hari Jumaat ini untuk sambutan Maulud Nabi. (IPD Cheras temanya purple)... Dia tengok baju Yaya dia berkenan. (ada dekat page 2 FP ni rasanya). Tapi dia tak suka accessories. Patern ni kena ikut lapik yang dah siap dibuat oleh tailor. So bawah kena kecik sikit. Dan baju Kak Munah ada lagi sepasang dia minta patern yang ini juga. Itu lah jahit manik pun ada badi...
KM :-
| Quote: | Rozie.. Amacam dah siap baju tu? Jangan kau tukar itu warna biru... N jangan lupa tayangan perdana
BnTB.. penyakit badi 'M' takdo ubek eh doh... Lu pikirrr lah sendiri .. Nanti bila dah lama rehat, sure turun padang balik...
Azi.. silakan... jangan lupa sesi menayang |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 9-Apr-2008 08:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BEREHAT SAMBIL MENJAHIT
|
|
Fuhhhhhhh... bila boring jahit manik, rindu nak buat bengkel. Bila boring buat bengkel, rindu nak jahit manik... Jangan boring kesemua sudahh.... jawabnya terbengkalai segala cita-citaku Kami teramat lah letihnya dengan bengkel yang berturut2... tak cukup rehat... bersama family lebih2 lagi yang bekerja n berkeluarga... weekend pun kena keluar bengkel lagi... Jadi terasa masa itu amat berharga.. rindu rasa nak menjahit manik lebih2 lagi banyak permintaan. Bengkel kami hanya bermula pada 26/4/08 itu pun untuk PERKEP Shah Alam sahaja. Masih di bawah naungan Datin Imran.
Jadi banyak masa kami bole menjahit dalam tempoh tu. Pada 18/4 IPD Cheras akan mengadakan sambutan maulud nabi, bila ada ahli tengok baju kak rodiah mereka bercadang untuk semua ahli jahit patern tersebut untuk majlis tu nanti. (harap2 dapat hadiah pakaian tercantik ) Temanya kuning. Seramai 15 org wakil dari balai kami, ada 5 balai akan berarak nanti. Doakan Ini bajunya....
Baju bawah ni rozie yang jahit (tenaga pengajar yg 4 mata yg comel lote ).. cikgu anakku yang minta buat. Bagi cadangan kat rozie macamana nak buat, so inilah hasilnya. Ini baju cikgu anakku...dia order melalui telefon. Harap dia puashati...
Ini baju adik iparku... buat queen double... buah rantai belum kusiapkan lagi...Sabar ye sayang...
| Quote: | Ija - haaaa nak kena rotan ni.. kena masuk tadika balik
Serina - tq, datang le selalu
Nani, macam cun je idea tu... nanti dulu ye. Kena bincang dengan semua cikgu dulu. Alhamdullilah juga nani, ada juga orang tempah walaupun simple. Mula-mula gitu lah. Dah kerap jahit banyak lah idea nanti. Kadang2 idea tu datang spontan je.. Teruskan ye... |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 2-Apr-2008 05:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BENGKEL JAHITAN MANIK - PERKEP BANTING PADA 29-03-2008
|
|
Pada 29/03/2008, kami diundang oleh Perkep (Persatuan keluarga Polis) Kuala Langat dengan kerjasama Kementerian Pembanguan Wanita Keluarga & Masyarakat untuk mengadakan Bengkel Jahitan Manik. Bertempat di Hotel Impian, Banting. Antara tetamu yang hadir ialah isteri Ketua Polis Selangor merangkap Pengerusi Perkep Kontijen Selangor iaitu Datin Imran dan Pengarah, Bahagian Penyelarasan, Pemantauan dan Penilaian, Jab Pem. Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Encik Bukhari.
Bagi pihak pengurusan Kilauan Mustika kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kami kepada Puan Sharifah Norita Bt Syed Abdullah iaitu mantan kepada Datin Imran dan selaku pensihat. Kami berharap agar segala ilmu yang diperturunkan oleh tenaga pengajar akan memberi manafaat yang berguna sepanjang hayat bagi semua peserta yang hadir. Tahniah kepada pihak Ybhg Puan Sharifah yang telah berjaya menganjurkan majlis yang amat berjaya ini. Tidak lupa kepada C/Insp Suria Bt Nazri, Insp Mardiana Bt Ismail Rudin dan termasuk urusetia dan AJK terlibat. Layanan yang kami terima amat memuaskan. Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Puan Sharifah Norita, En Bukhari,Datin Imran & wakil Kilauan Mustika
Cenderahati daripada PERKEP kepada Encik Bukhari selepas merasmikan Majlis.
Bengkel bermula
Ahli-ahli PERKEP memang sporting & menyeronokkan....
Senyummmmmmm
Seramai 48 peserta telah hadir. Esoknya 30/03/08, Bengkel kami di Seremban pula. Walaupun letih, janji tetap kami tunaikan. 05/04/08 di Shah Alam. Jumpa lagi!!!
|
|
|
|