|
|
| Monday, 11-May-2009 07:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
TEMPAHAN/HASIL JAHITAN 05/2009
|
|
Salam. Nampaknya sebulan sekali baru saya dapat masuk. Maaflah kalau ada 'berhutang' apa2 'jawapan' pada soalan2 kat fp mahupun hp saya. Insyallah, saya akan cuba luangkan masa nanti. Nak melawat kat umah kwn2 pun masih belum sempat..
Keranamu Eja... Yaya telah kembali. Namun sedikit kiciwa sebab gambar yg akak dapat cuma melalui hp nya. Memang dia nak kena belasah...
1A) Baju kakak Yaya. Dia jahit emergency untuk 1 hari je, sebab dah berbulan2 dia peram kain ni. Syabas namun jgn biasakan tebiat buruk ni kan Ja??? Dengan angkuhnya dia jawab Ja, produk Yaya keluar setahun sekali je. Nak bagi penampar jepun tak Ja?
1b)
1c)
2a) Baju kakak Yaya juga. Gambar tak cun. Jarak jauh. Leher pun labuh.
3a) Baju Yaya sendiri. Ni dia mms masa belum tambah.
3b) Selepas di tambah...Bezakanlah sendiri... saya tak mau tenung sgt2 sakit mata
4a) Baju saya sendiri, sisik ikan disekeliling batu
4b) Ada batu kecil selang seli tapi gbr tak ada yg cantik..
Okey, itu saja gambar yg saya jumpa. Ada lg 3, 4 pasang tapi saya kena cari dkt camera sapa saya simpan. Camera saya dah hukum @*#@!... Grrrrrrrrrrrrr....
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 21-Apr-2009 13:22 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HASIL JAHITAN 04/2009
|
|
Salam n ribuan maaf... Kesibukan n kemalasan telah melanda lewat beberapa minggu lepas.. Tak perlu cerita pjg kerna saya pun tak pandai menulis wpun banyak juga benda ingin diluahkan. Mungkin di lain kali...
1a) Jubah saya sendiri. Tangannya - saya pakai pada 4/4/09 sambutan Maulidur Rasul di Balaik SSB.
(Ribuan maaf kepada Nora - saya tak dapat attend majlis yg beliau uruskan pada tarikh yg sama, Insyallah lain kali)
1b)
2a) Baju Cikgu Rhodiah
3a) Baju nyonya tailor - Aily
4a) Baju nyonya tailor - Celina
5a) Betul2 lupa baju sape...
5b) Tangannya
6a) Baju cikgu Rhodiah
6b)
7a) Baju kedua dari Celina
7b)
8a) Baju kedua dari Aily
9a) Baju ketiga dari Celina
| Quote: | Yan - akak dah p umah Yan. MANTOP2 design Yan. Tak jadi akak buka cawangan di Kedah Gurau je tu..
Eja - kalau kau tak jemput akak Ja, siap lah kau. Akak letak paku kat highway KL-SBN KM261...
Sesuai dengan perkembangan politik tanahair, Yaya teramatlah sibuk dengan meting n perjumpaan di sana sini. Di tambah lagi dengan kekalahan beliau semasa pertandingan Ketua Puteri tempohari Kau caya tak ni Ja? Yaya memang, akak pun dah terbakar dgn dia ni..
Nora - tu lah dik, akak minta maaf bnyk2 ye. Mungkin lain kali. Jadual akak pun padat juga. Bengkel, Perkep, aktiviti anak2 dan lain2 lagi.. Kot akak pegi pun, akak mgkn tak dapat masuk pertandingan, maklumlah tempahan yg ada pun tak putus. Memeriahkan majlis, Insyallah... |
|
|
|
|
|
|
| Friday, 20-Mar-2009 06:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HASIL JAHITAN/TEMPAHAN 03/2009
|
|
Salam semua... Lama saya tak update. Betul2 sibuk dengan pelbagai hal dan urusan, keluarga dan kerjaya Gambar ni pun dah berapa lama saya peram... ada gambar snap kat rumah kakak, ada snap kat atas meja, ada snap kat penyangkut baju...Gambar betul2 tak berkualiti. Ada beberapa pasang lupa snap gbar. Ini yang sempat saya snap, harap takda kesilapan antara gambar dan ceritanya...
1. Baju sahabat lama saya, Yani. Queen di leher dan tangan. EOM dan buah rantai di leher.
2. Baju kedua Yani. Manik tabur.
3. Baju ketiga Yani. Manik tabur juga.
4. Baju saya sendiri. Saya pakai semasa hadir satu mesyuarat tempohari. Tempoh baju siap dan mesy. agak pendek, jadi ini lah design cepat n mudah. Lengan cuma patern alibaba je.
5. Baju kawan Daniel. Daniel lukis n jahit ikut design baju ibunya...
6. Baju dari nyonya tailor
7. Baju kedua dari nyonya tailor. Arrow labuci bermutiara.
8. Baju pengantin kawan kakak saya..
Tangannya, pintalan dan tambah sedikit manik n labuci
Badan baju
Tudungnya
| Quote: | Tolonggg... saya nak lah p mengomen kat fp pelawat2 kat sini. Tapi takda link saya (KM)... camane???
Rabun IT... |
|
|
|
|
|
|
| Monday, 23-Feb-2009 05:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BENGKEL JAHITAN MANIN & LABUCI
|
|
TARIKH : 28/02/2009 (SABTU)
TEMPAT : KOLEJ TELEKOM, JALAN SEMARAK, KUALA LUMPUR
TARIKH : 07/03/2009 (AHAD)
TEMPAT : DEWAN WARGAMAS, SEKSYEN 24, SHAH ALAM
TARIKH : 28/03/2009 (SABTU)
TEMPAT : MELAKA (LOKASI AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN)
MASA : 9.00 PG HINGGA 2.00 PTG
BENGKEL ASAS & LANJUTAN
BAHAN-BAHAN, NOTA, PAMERAN BAJU TERKINI & MAKAN TENGAHARI DISEDIAKAN....
SILA BAWA PAKAIAN/KAIN ANDAI ADA, UNTUK SAYA BERIKAN CADANGAN DESIGN DAN WARNA MANIK YG ANDA PERLUKAN...
HUBUNGI : 012-376 2684 ATAU 013-326 1253
TQ.
| Quote: | Yan - memang akak berminat untuk ke utara. Tapi masa belum mengizinkan lagi.Sama2 kita berdoa agar kita berjumpa nanti ye..
Yasmin - Yuran untuk bengkel asas RM200.00
Yati - kita jumpa kat PD dulu ye.. tak cam plak mana satu. Tentu dah banyak ambil tempahan.. Kalau kain warna hitam, boleh guna warna silver, emas n coklat. Pernah juga akak guna warna pink, kuning n hjau epal. Selamat mencuba..
Anggerik Rimba - Silakan, takda masalah. Kita bole tukar2 idea. Ni entah2 koleksi dia lagi mantop
Yan -
Dana - kain warna coklat, guna warna coklat lagi contra dari kain. Warna emas, silver, hitam dan oren pun sesuai..
Zaza & Anggerik Rimba - Insyallah, bila akak free akak jenguk ye.. |
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 12-Feb-2009 13:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HASIL JAHITAN/TEMPAHAN 02[01]/2009
|
|
1A) Baju sendiri. Kebaya nyonya, dah siap sulaman. Saya tambah sisik ikan n sedikit manik..(sila abaikan background)
1B) Bahagian sebelah badan
1C) Tangan
2A) Baju saya juga (syok sendiri lah plak...) Masih tangan "Alibaba" lagi.
Ini bahagian hujung tangan, ini lah labuci gedabak yg saya maksudkan tempohari..Saya gunakan labuci bermangkuk dan mutiara diatasnya.
2B) Bahagian sikunya. Tapi baju yg ni bukan betul2 di siku, tailor letak bawah sikit..
2C) Keseluruhan lengan bajuku..
3A) Baju kawan saya, ahli UMNO... Kena ikut tema, putih dan merah..
| Quote: | Diana - Kat Jln Semarak ye?.. Harap kita jumpa nanti
Ija & Izan - kita kena pakai ikut tema majlis le pulak. Idak le cantik ghope kita pakai itu kebaya
Beauty - betul, itulah baju yg kita nak pakai dgn tudung awak. Tak pe lah takda rezeki, len kali. Skg pun awak dah busy dengan tempahan baru, SELAMAT MAJU JAYA...
Datin - TQ, kita sama2 busy kan..
Anggerik - akak dapat labuci tu kat satu kedai kat Senawang ni. Kedai dia tak lah ngetop jual manik2 ni. Tapi terselit plak manik, labuci n accessories pelik2. Siput kecik2 pun ada... Nak ke?
Diana - Bole Dana, silakan...
Anggerik - Kalau Jem ada p Tmn Bkt Emas, dah dekat dgn kedai tu. Kedai tu dekat Taman Kemuning, deret pasaraya tenten. Kedai jual alat2 jahitan. Tapi dia jual manik tak banyak sgt, tapi ada lah 3, 4 bahan2 dia yang akak kenan. Kalau nak terus p sana pun bole, nak kirim kat akak pun bole.
Natasha, Sheeda & Amboii - TQ , datang lah selalu, mana tau mampu buat kalian hepi n bagi tambah/tukar idea |
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 31-Jan-2009 14:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
TEMPAHAN 01[003]/2009
|
|
Betul kata Beauty...kami masih dalam mood bercuti.. Kurang memikirkan tentang jahitan, yang ada pun design yg simple. Arrow, bunga baju dan gambarnya saya tak ambil. Tailor berbangsa Cina, seminggu sebelum raya nye, dah tak hantar tempahan. Dapat juga rilek. Cuma sepasang dari saya (design yg agak rumit) itupun baju saya sendiri & sepasang dari Yaya.
Yaya telah kembali... Sempena Tahun Baru Ini Hasil pertama beliau Tahun ini...
1a) Baju kakak Yaya sendiri.
1b) Badannya, Yaya lukis bentuk '/'. Kain kosong, nampak terserlah sikit manik n bunga sisik ikannya..
1c) Keseluruhan baju
2a) Baju alibaba saya tempohari.. Ini lehernya. Memandangkan saya pakai tudung, saya mulakan jahitan manik di belahan leher.
2b) Tempohari, saya terjumpa labuci gedabak ni kat 1 kedai jahitan. Saya terus beli utk letak kat baju sendiri sebagai cobaannnn... (yg warna silver tu - sebenarnya besar tu ). Ada 1 baju saya sedang jahit, saya gunakan juga labuci ni.. terserlah kegedabakannya....gambar akan menyusul..
2c) Keseluruhan baju
| Quote: | Zan - bukan tak nak letak, ingatkan nak letak biar sedondon dgn tangan. Tapi mengenangkan cili padi tu akan mencucuk2 dadaku... ahh tak jadi..
Aini - Mesti akak ingat. Macamana Aini sekarang? Bila balik Malaysia? Npk nya skrg ni ramai org Malaysia yg datang sana kan? Design yg ada ni semua Aini dah belajar cuma akak olah n tambah rekaan/lukisan sikit je.
Zila - bole, silakan... Masa menjahit tu ingat2 kan akak ye. Kot lupa tu yang nak kena babab tu
Natasha - sama2 kita bertukar idea n komen. Akak ni tak pandai nak berfalsampah , tapi kalau cantik n akak kenan, direct cakap je. Natasha bole pergi jauh, keep it up!!
Nora - Akak dah tgk dah Pintalan 4 dara kurung biru Nora tu. Tkasihlah ingat dgn akak. Mgkn nanti customer akak perlukan ciptaan Nora pula. (tapi digalakkan berurusan dgn Nora terus.. hehehehe)
Tentang 4 April tu, nanti akak tgk jadual n bincang dgn semua geng KM. Kalau ada teman, Insyallah.
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 19-Jan-2009 07:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
TEMPAHAN 01[002]/2009
|
|
1a) Baju saya sendiri. Lengan "Ali Baba". Versi bila dipakai..
1b) Bahagian siku, kat sini ada cabaran sikit, maklumlah bukaan lengan tak besar. Cabaran bila pakai, itu cili padi sudah tanduk2 lengan kita...Tajam ooo...
1c) Bahagian pergelangan tangan
1d) Versi patung pakai .
2a) Baju kepunyaan Koperal Yah dari Balai Salak Selatan Baru. Beliau akan berpindah ke Tjg Malim setelah lama berkhidmat di BSSB. Saya dedikasikan rekaan ini sebagai hadiah perpisahan kami. Kenang daku apabila mengenakan kurung kuning mu...
2b) Ada sulaman bunga n 'pucuk paku' penuh satu baju. Jadi saya ambil potongan ' / ' untuk buat pintalan n 3 kuntum bunga.
2c)
2d) Versi dipakaikan nanti. Baju masih di tangan saya.
3a) Baju Cikgu Rodiah. Batik sutera, badan baju. Saya ilhamkan sisik ikan dua tone.
3b) Tangannya pintalan 4 dara. Gambar dah paste sebelum ni.
4a) Baju ni kepunyaan ibu saudara kawan anak saya. Beliau tempah melalui anak saya.
4b) Tangan dan leher
5a) Baju kedua beliau. Pintalan 4 dara tangan dan leher. Saya tak pernah jumpa n tau nama tuan punya baju ni. Harap beliau berpuas hati.
| Quote: | Izan - Baju Polis tu Tuannya belum tgk. Harap dia kenan lah nanti. Baju Alibaba tu Tuannya baru pakai untuk cuba je. Tak tahan Zan, cili padi asik tanduk2 tanganku...
Anggerik - Boleh.. Silakan..
Beauty - bila free2 kita p juga umah awak, cuma tak dapat tinggalkan jejak bertapak , maklumlah kita ni tak pandai berbicara... kdg2 nak cpt pun ye..
Yan - Papaya? haa... adik beradik tu Yan. Lagi betulkan... Teringat kat Zul Yahya . Tkasih Yan datang sini...
Lynn - meh lah Lynn
Natasha - akak dah melawat umah awak. Wah!! cantik sungguh.. kreatif lagi..Tahniah, walaupun tak masuk mana2 kelas, jahitan awak kelazzz...
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 10-Jan-2009 09:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BENGKEL MANIK.
|
|
TARIKH : 31/01/2009 (SABTU)
TEMPAT : KOLEJ TELEKOM, JALAN SEMARAK, KUALA LUMPUR
TARIKH : 01/02/2009 (AHAD)
TEMPAT : DEWAN WARGAMAS, SEKSYEN 24, SHAH ALAM
MASA : 9.00 PG HINGGA 2.00 PTG
BENGKEL ASAS & LANJUTAN
BAHAN-BAHAN, NOTA, PAMERAN BAJU TERKINI & MAKAN TENGAHARI DISEDIAKAN....
SILA BAWA PAKAIAN/KAIN ANDAI ADA, UNTUK SAYA BERIKAN CADANGAN DESIGN DAN WARNA MANIK YG ANDA PERLUKAN...
DEPOSIT RM50 DIPERLUKAN, SEBAGAI PENGESAHAN KE AKAUN :-
MUSALMAH BT OTHMAN (MAYBANK)
155171 008955
SILA HUBUNGI SAYA SELEPAS BANK IN... TQ.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 6-Jan-2009 13:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
TEMPAHAN 01/2009
|
|
1A) Baju Puan Rohana dari IPD Cheras ni saya terima pada pagi Khamis (tahun baru). Saya perlu siapkan pada hari yg sama supaya dapat saya kirimkan melalui suami keesokan paginya.Sebenarnya dah banyak rintangan untuk saya terima baju ni, oleh kerana jodoh saya dengan Kak Ana dah kuat, baju ni rebah jua di pangkuanku:-D dan sewaktu menjahit baju beliau, tidaklah sedikitpun masalah dan cabaran yg wujud. Letak je semua bahan2 atas baju, semua masuk n menjadi.. (mungkin personaliti kak ana terbawa2 ke persalinan beliau hehehe)
1B) Lain kali jgn buat macam ni ye Puan2 sekelian... kasihan daku...Di hari tahun baru daku begitu khusyuk menjahit..
1C) Bila terima baju, Kak Ana tak sangka saya dapat jahitkan sisik ikan untuknya... Saya pun nak Kak Ana bergaya n hepi di Majlis tersebut..
2A) Rozie yang jahit. Baju kawannya..
2B) Ye, Rozie pun nampaknya tak keluar rumah untuk menyiapkan baju ini.
3A) Aca jahit. Baju Tailor dari Paroi.
4A) Aca jahit juga. Baju Cikgu Rodiah.Fesyen skrg, tampal lace di bawah. Diatas nya beliau minta tambah sedikit. Ini tanganya
4B) Badan Baju.
5A) Baju Tailor dari Mutiara Galla, job emergency juga... Apakan daya, daku tak berdaya nak menolak ketentuan ini. Tengok muka kakak tailor ni sesungguhnya daku tak sampai ati untuk berkata tidak...Nasib baik patern senang. Badannya
5B) Leher N Tangan - Beriring
6) PINTALAN 4 DARA.. Dua2 dibawah ni baju batik. Oleh kerana kepeningan melampau, baju ini telah bertukar Tuan. Sebab itulah terjadinya design yg sama untuk dua2 batik ini. Itu Nyonya sudah menjerit melihat baju yg dia terima sudah tidak match dengan itu kain.. Daku dengan bangganya berkata tidak (walaupun was2 juga sebab itu nyonya teramatlah berdedikasinya menjalankan tugas selama ni).. Last2 bila dibuat kaji selidik, ku lihat ada satu batik yg belum ku jahit iaitu baju nyonya tersebut... ngehngehngeh...
| Quote: | Ija - Setakat ni Alhamdullilah Ja, walaupun last minit, semua dapat diatasi.
Rozie - Yang mana zi? No 2 tu ke???
Anis- Maksud Anis, corak bunga dalam Taman untuk kain kosong ke? Yang nampak sarat ke? Sebelum ni pernah Yaya buat, tapi gambar dia tak ambil. Cuba Anid tgk page2 belakang, ada satu baju hijau kain kosong. Baju Raya, anak buah Kak Munah... |
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 23-Dec-2008 14:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
TEMPAHAN 12[02]/2008
|
|
Fening... fening... Water mark tak berapa nak betul kat gambar2 di bawah ni...
Ada yg ada tak da nama, ada tak betul ejaan... Nak kata sibuk, tidaklah sangat. Saya menjahit ala main2 je. Siap sebelah tangan, rakan tersayang (Aca) tolong sambungkan. Jadi kerja saya jadi mudah dan dia pun dapat ilmu . Terima kasih dik Aca sayang
1a) Baju Cikgu Rodiah.
Masa beliau datang tempah, nampak dia berkenan dengan baju Yaya. Oleh sebab dia tak cerewet orang nya, saya tambah dan olah sikit. Punyalah lama nak pikir design ni, sampai 2 pasang baju lain saya dulukan. Nasib dia berkenan, nampak dia senyum lebar dah lega dah..
1b) Baju ni Aca sambung sebelah tangan. Sehari siap dah.. Muahhh Ca...Senang je menjahitnya, cuma banyak guna bahan2..
2a) Baju Puan Tini. Mayang Mengurai.
Sentuhan terakhir dari Yaya untuk tahun ini...
2b) Punyalah lama si Yaya mencari "cili padi" ni, (yg macam tanduk, warna kuning tu) akhirnya jumpa lah jugak. Nampak berseri plak ada cili padi ni. Tak boleh jadi, Tuan Tanah kena buat gak baju ada cili padi..
2c) Leher ni sebenarnya bentuk U. Tapi pn Tini minta buat Mayang Mengurai sampai ke bawah, nampak seolah-olah design baju kurung tulang belut.
2d) Tangannya... Ada sedikit je "mengurai"nya. Terletak di siku, nampak sesui.
3a) Baju Cikgu Rodiah juga. Pun dia pilih bunga teratai ni, minta tambah buah rantai.
3b) Sekeliling bunga teratai, saya buat lakaran "pucuk paku". (yg berlingkar2 tu - sebab org NS, pucuk paku ada, cili padi semua pun ada.. )
4a) Baju kawan Daniel Syabil. Dia lakar n jahit sendiri. Ini badan nya.
4b) Leher N tangan. Beriring. Sekarang Daniel rancak menjahit... macam biasa, pembantu2 yg dilantik automatik akan mendapat customer sendiri... hehehe.. dan saya kena cari pembantu baru
| Quote: | Sally - Terimakasih Yang.. Jemputlah datang selalu, jangan lupa bawak buah tangan sekali. Ada masa akak akan datang ke sana..
Amira - bole pos. Minta alamat akak guna HP ye. Kalau letak terus ni kang ramai pulak peminat datang serbu
Lily - Aminnnnnnnn.. Terima kasih. Sama2 kita berdoa.
Beauty - Untuk awak juga ye. Web? Kita sendiri bole kira berapa kali kita buka Ni nak kena saman ni.. bolom setahun laei..
Ija - Mood tahun baru? Tak kot ja, rasa macam tak nak je bagi tahun 2008 ni berlalu, sebab terasa kejap sangat. Apa2 pun, design setiap hari kalau bole nak yg baru kan.
Mamabetty - Kat Johor, rasa badan dah sampai sana dah Saya cuba ke sana lagi nanti ye, Insyallah . Mehlah datang KL atau Seremban... |
|
|
|
|
|