KILAUAN MUSTIKA

By: musalmah othman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 9-Apr-2008 08:23 Email | Share | | Bookmark
BEREHAT SAMBIL MENJAHIT

 
 
 
View all 6 photos...
Fuhhhhhhh... bila boring jahit manik, rindu nak buat bengkel. Bila boring buat bengkel, rindu nak jahit manik... Jangan boring kesemua sudahh.... jawabnya terbengkalai segala cita-citaku Kami teramat lah letihnya dengan bengkel yang berturut2... tak cukup rehat... bersama family lebih2 lagi yang bekerja n berkeluarga... weekend pun kena keluar bengkel lagi... Jadi terasa masa itu amat berharga.. rindu rasa nak menjahit manik lebih2 lagi banyak permintaan. Bengkel kami hanya bermula pada 26/4/08 itu pun untuk PERKEP Shah Alam sahaja. Masih di bawah naungan Datin Imran.

Jadi banyak masa kami bole menjahit dalam tempoh tu. Pada 18/4 IPD Cheras akan mengadakan sambutan maulud nabi, bila ada ahli tengok baju kak rodiah mereka bercadang untuk semua ahli jahit patern tersebut untuk majlis tu nanti. (harap2 dapat hadiah pakaian tercantik ) Temanya kuning. Seramai 15 org wakil dari balai kami, ada 5 balai akan berarak nanti. Doakan Ini bajunya....





Baju bawah ni rozie yang jahit (tenaga pengajar yg 4 mata yg comel lote ).. cikgu anakku yang minta buat. Bagi cadangan kat rozie macamana nak buat, so inilah hasilnya. Ini baju cikgu anakku...dia order melalui telefon. Harap dia puashati...




Ini baju adik iparku... buat queen double... buah rantai belum kusiapkan lagi...Sabar ye sayang...





Quote:
Ija - haaaa nak kena rotan ni.. kena masuk tadika balik
Serina - tq, datang le selalu
Nani, macam cun je idea tu... nanti dulu ye. Kena bincang dengan semua cikgu dulu. Alhamdullilah juga nani, ada juga orang tempah walaupun simple. Mula-mula gitu lah. Dah kerap jahit banyak lah idea nanti. Kadang2 idea tu datang spontan je.. Teruskan ye...




Wednesday, 2-Apr-2008 05:10 Email | Share | | Bookmark
BENGKEL JAHITAN MANIK - PERKEP BANTING PADA 29-03-2008

 
 
 
View all 5 photos...
Pada 29/03/2008, kami diundang oleh Perkep (Persatuan keluarga Polis) Kuala Langat dengan kerjasama Kementerian Pembanguan Wanita Keluarga & Masyarakat untuk mengadakan Bengkel Jahitan Manik. Bertempat di Hotel Impian, Banting. Antara tetamu yang hadir ialah isteri Ketua Polis Selangor merangkap Pengerusi Perkep Kontijen Selangor iaitu Datin Imran dan Pengarah, Bahagian Penyelarasan, Pemantauan dan Penilaian, Jab Pem. Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Encik Bukhari.

Bagi pihak pengurusan Kilauan Mustika kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kami kepada Puan Sharifah Norita Bt Syed Abdullah iaitu mantan kepada Datin Imran dan selaku pensihat. Kami berharap agar segala ilmu yang diperturunkan oleh tenaga pengajar akan memberi manafaat yang berguna sepanjang hayat bagi semua peserta yang hadir. Tahniah kepada pihak Ybhg Puan Sharifah yang telah berjaya menganjurkan majlis yang amat berjaya ini. Tidak lupa kepada C/Insp Suria Bt Nazri, Insp Mardiana Bt Ismail Rudin dan termasuk urusetia dan AJK terlibat. Layanan yang kami terima amat memuaskan. Hanya Allah yang dapat membalasnya.



Puan Sharifah Norita, En Bukhari,Datin Imran & wakil Kilauan Mustika


Cenderahati daripada PERKEP kepada Encik Bukhari selepas merasmikan Majlis.


Bengkel bermula


Ahli-ahli PERKEP memang sporting & menyeronokkan....


Senyummmmmmm


Seramai 48 peserta telah hadir. Esoknya 30/03/08, Bengkel kami di Seremban pula. Walaupun letih, janji tetap kami tunaikan. 05/04/08 di Shah Alam. Jumpa lagi!!!



Wednesday, 2-Apr-2008 04:22 Email | Share | | Bookmark
BAJU BEKAS PESERTA - CIKGU RODIAH

Tangan - tabur
Tangan - tabur
Badan
View all 5 photos...
Cikgu Rodiah merupakan bekas peserta Kilauan Mustika 2 tahun lepas. Dia kata takda masa nak jahit manik. Mengajar, mesyuarat dan kerap outstation untuk seminar. Dia duduk di Serting. Kesian duduk jauh tempah baju n manik ke Seremban... Dia tak cerewet dan suka patern yg terkini dan berjuntai-juntai katanya... Lepas siap jahit tangan baju dia, puas pikir apa patern yg sesuai untuk badannya... Badannya takda corak bunga Jadi teringat ada tengok Msdnoraini punya patern, so ceduk sikit ideanya... Tambah sikit tabur keliling nya.. Bila cikgu rodiah datang, Alhamudllilah, dia suka. (ini entah baju dia yg ke berapa tah dia tempah). Ni ada lagi 2 pasang nak buat.. Cikguuuuuuuu... jangan terjah terus nanti ye..




Tangannya... dah buat tangan baru dapat idea buat bunga bajunya... tak jadi sedondon sangat...






Badan baju, bawah dada. Mula-mula dia nak buat manik tabur nak buah rantai tapi tak sesuai sebab desing batik ni dah dekat dgn belahan baju depan...


Thursday, 27-Mar-2008 00:18 Email | Share | | Bookmark
MANIK TABUR & ARROW

 
 
 
View all 4 photos...
Gambar2 dlm FP ni caca marba sikit, kepala sendiri pun pening nak cari... Tak tesusun langsung, tunggu lah bila freee nanti. Ingat nak susun ikut susunan... patern untuk kelas, asas & lanjutan, patern yang mudah sampailah patern yang susah sikit... Faktor masa menghalang untuk buat semua tu... Setiap patern yg dibuat pun dah tak terletak nama dah. Yang lupa ambik gambar pun ada. Anak2 pun dah boring nak bantu...


Baju ni pun dah lamaaaaaa jahit. Bila tengok balik, rasa sesui letak nama 'PAS" .... Ada corak dekat baju dia tu, muzz ikut balik corak (pas) tu jahit kan manik dia . Dekat tangan pun ada tapi gambar tak diambil.






Ini patern biasa lah, arrow kosong dan arrow beras. (Gambar 2 in 1) Yang arrow beras ni kawan Rina punya sebelum dia kawin hari tu dia hantar. Tengahari dia hantar (waktu dia lunch) petang dia nak ambik Ayoyooo dah lah masa tu ada baju urgent, tak pe lah nanti hampa pulak orang tu..








Tuesday, 25-Mar-2008 02:40 Email | Share | | Bookmark
PATERN2 UNTUK SECOND LEVEL

Sebenarnya dah lama nak letak gambar2 untuk bengkel second level (lanjutan). Oleh kerana tak da masa n belum dapat mood, terpaksa di tunda. Itu pun ada hutang 2, 3 gambar untuk patern XX Ray & Desa Ixora. Nanti dulu lah ye... (ada yg saya janji gambar untuk jahitan kat kain opel pun saya belum sempat nak ambil lagi )

- Queen, Eye On Malaysia & Dato CT

- Buah Rantai

- Queen

- Roller Coaster


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net