KILAUAN MUSTIKA

By: musalmah othman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Monday, 21-Apr-2008 06:03 Email | Share | | Bookmark
DARI ALBUM... BIRU BIRU DAN BIRU...

 
 
 
View all 6 photos...
Tak tau lah gambar ni dah letak kat mana-mana ke belum.. Kalau dah ada, maaflah ye. Memory dah lemah dah skg. Tiga2 warna biru.

Tanganku ini masih sakit, tak menjahit dah pencen kejap. Itu yang korek album lama. Baju-baju yang ada org tempah ni nak bagi kat Yaya jahit semua...

Ada 3 pasang baju biru ni rasa nya belum ada letak

Yang ni baju tuan tanah . Dah lama dah tp baru sekali pakai. (biasa baju2 daku yg bermanik macam tu lah - buat pameran kat kelas sajorkkk).Lagipun bila pakai ternampak lah segala lemak2 yang ada...Baju ni lah yang kakakku tiru masa Rina kahwin tu...
Gambar leher je, tangan nya daku tak ambil gambar. Sama je cuma nipis sikit..



Yang ni baju Yan (pengapit Rina). Dia tempah lepas Rina kahwin.
Gambar 2 dalam 1. Leher dan tangan..(Jimat ruang n masa)

Buah rantai


Yang ni baju tailor tempah, Yaya yg jahit...Baju ni tetap ku ingati sebab ambil dari Yaya selepas ku selesai memangkah undi... (errr bila ar tarikh nyeee???)
Leher...

Tangan ....


Ada lagi gambar album... tunggu lah ye. Ada yang dalam almari belum ambil, itu lagi banyak keja nye. Nak snap lagi, nak edit lagi...



Friday, 18-Apr-2008 13:02 Email | Share | | Bookmark
SAMBUTAN MAULIDURRASUL & MENANGGG

 
 
 
View all 6 photos...
Alhamdulillah, Perkep Balai Salak Selatan Baru telah mendapat tempat pertama didalam Sambutan Maulud Nabi tahun ini. Kemenangan ini mungkin berdasarkan perarakan, kerjasama dan pakaian setiap Ahli lah juga...

Di kesempatan didalam FP Kilauan Mustika ini, saya merangkap Pengerusi Perkep Balai Salak Selatan baru mengucapkan tahniah kepada semua Ahli dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diatas kerjasama dan usaha yang dilakukan oleh Puan2 semua. Walaupun ada antar suami Puan2 yang bertugas (usaha mencari dan menyelamat budak 11 tahun yang hilang di lombong), namun masih berkesempatan menolong kami menjayakan majlis ini. Nampaknya usaha kita ini berbaloi. Ada ahli yang tido pukul 2, 3 pagi untuk siapkan baju. Ada anggota wanita yang siapkan baju beberapa jam sebelum majlis berlangsung.. Terima kasih sekali lagi.......

Perarakan bermula... Berarak sambil berselawat


Saya bangga mengetuai Perkep SSB, kebanyakan xtvt melibatkan ahli2 SSB. Kak Sarina mengaji ...


Perkep SSB & Perkep SS mendendangkan nasyid... (lagu yg menang sewaktu di IPK KL)
(Baju ahli Perkep SSB bling bling lah juga walaupun dari kejauhan)


Ceramah daripada ustaz... Pesanan ustaz tetap kami ingati.. Berkenaan dengan rezeki yg sudah ditentukan, ajal maut jodoh pertemuan dan qada dan qadarNya...Insaf dan tersentak juga


Kami mengabdikan gambar sebelum jamuan... Perhatikan manik n hadiah yang kami perolehi


KM :

Quote:
Dik Ja... aduh begitu sekali kata-katamu.. Akak terus berharap dan berdoa agar terus dapat berbakti bukan saja kepada Perkep tetapi kepada orang yang memerlukan. Mana yg boleh akak bantu, akan akak buat mengikut kemampuan. Betul, sekarang ni apa yg kita buat... baik atau buruk... hasil dan kesannya tetap ada... Bukan akak harap balasan, tetapi kepuasan.. Tangan akak masih sakit, semua baju tempahan yang ada mungkin petang ni akak bagi kat Yaya...Kalau Ija rasa malas nak jahit, masuk je sini


Thursday, 17-Apr-2008 11:56 Email | Share | | Bookmark
JARI-JARIKU SAKIT SEMUA...

 
 
 
View all 6 photos...
Kena berhenti sekejap menjahit manik. Tak tahan jari manis sebelah kanan dah sakit, kebas n berdenyut2. Kalau ku teruskan takut kejang lah pulak. Minggu ni dah berapa pasang jahit dah, ada antara baju ni dah siap tangan, sambung badannya pulak. Begitulah sebaliknya. Ni antara contohnya :-

Baju ni nak pakai esok sambutan Maulud Nabi di IPD Cheras. Gambar tangannya dah paste sebelum ni. Jadi dah berbincang dengan semua ahli Perkep, sepakat buat beberapa kuntum bunga di depan baju. (badan). So, inilah hasilnya. Bunga yang sediaada kecik je, lukis sendiri jadi besar. Motifnya masih dikekalkan. Ada 3 kuntum bunga...



Rasanya sebelum ni ada paste gambar batik ni, masa tu cuma jahit kat depan baju (badan) je. Tangannya masih kosong waktu tu. Kain ni beli daripada Ann WMC. Ini gambar tangannya...

Kuntuman besar ni kat sait (betul ke eja??) lengan baju. Yang kuntuman kecil tu kat sebelah kiri kanan lengan.


Yang kuntuman kecil tu kat sebelah kiri kanan lengan.


Ini uniform baru KM. (Kilauan Mustika)... Semua tenaga pengajar mesti jahit manik/labuci kat baju masing2. Ini tuan tanah punya, siap jahit petang tadi....


Ini lah baju queen double sepupu hubby tu. Dah siap pagi tadi...Kat tangan je. Dia ustazah, tudung labuh, tak perlu buat kat leher. Cuma dia minta buat kat badan. Nanti sambung sebab bunganya besar n idea belum sampai...


KM :

Quote:
Sarimah - Tq kerana rajin datang sini. Sekarang muzz kerap update sebab tangan tak bole menjahit..Ini pun sakit lah juga tapi tak sesakit sewaktu menjahit. Suami u tugas di mana?? Nak belajar advance bole, call me ok... Dah ada asas ke??

Pn Norma - sakit jari telunjuk? Itulah.. kena rehat kan. Kalau dah ok baru saya nak mula balik

Rozie - mana? mana? bak sini nak tengok uniform awak plak

Haida - akak sedang berusaha ambil gambar step by step buat semua patern yang di ajar. Tapi asik lah tergendala...Bole tolong??

Ija & BnTB - Tq sayanggggg.... Uniform??? Errrrrr Errrrrr

Sarimah, sms no fon. Den bab2 email ni adoi lah punyo maleh eh .

Haida... jgn merajuk kalau teori je bole faham ke? Haida ambil 7 manik bulat (round) warna kuning, jahit lurus ke atas, parking. Kemudian jarak dalam 0.5cm naikkankan jarum selari dengan tempat haida parking tadi. Masukkan 7 manik bulat warna silver haida susupkan bawah 7 manik bulat warna kuning tadi. (dia jadi bersilang) Adoi da.. bole faham tak???


Wednesday, 16-Apr-2008 04:27 Email | Share | | Bookmark
MANIK TABUR CIKGU RODIAH LAGI DAA...

 
 
 
View all 6 photos...
Baju Cikgu Rodiah... (3 pasang). Dia suka manik tabur.. Cikguuuuuuuu baju dah siap datang lah ambil... hehehe

Kurung kuningnya...



Kebaya merah hitamnya .. (1 gambar je ambil). Yaya yang jahit.


Kebaya peach nya...

tangannya .... Yaya jahit



Depan badan..... Muzz jahit (EOM)



KM :

Quote:
Sarimah... banyak faktor menyumbang keaadan itu... 1) malas n tak da masa + nak cepat 2) PC n tuannya yg lembab 3) sesaje bagi orang berfikir


Wednesday, 16-Apr-2008 04:01 Email | Share | | Bookmark
BADI...

 
 
 
View all 7 photos...
Jahit manik ni pun ada badi.. Kalau tengah buat paten EOM, ada customer datang tengok... mereka pun nak paten tu... Hari tu buat Queen double untuk adik ipar, dah ada 2 orang minta buat patern yang sama .. Kak Munah nama customer tu. Hari tu p jumpa dia nak tempah barang, dia minat dengan queen double. Lepas tu jiran mak mentua (merangkap sepupu hubby) tengok patern tu, dia pun minta juga. Ini baju Kak Munah, baju sepupu hubby belum siap, masih dalam proses..(baru siap satu baris)

Leher ...

Leher & tangan....

Buah rantai...



Ini baju kawan Kak Munah pula... nama nya Kak Gayah. (nama2 yang senang untuk di ingati) . Terima kasih Kak Munah promote kawan2...Dia tengok pintalan 4 dara, dia pun nak patern tu. Kemudian dia nak juga beriring 4 dara





Yang ni pula baju Puan Lin. Baju ini akan digunakan pada hari Jumaat ini untuk sambutan Maulud Nabi. (IPD Cheras temanya purple)... Dia tengok baju Yaya dia berkenan. (ada dekat page 2 FP ni rasanya). Tapi dia tak suka accessories. Patern ni kena ikut lapik yang dah siap dibuat oleh tailor. So bawah kena kecik sikit. Dan baju Kak Munah ada lagi sepasang dia minta patern yang ini juga. Itu lah jahit manik pun ada badi...




KM :-

Quote:
Rozie.. Amacam dah siap baju tu? Jangan kau tukar itu warna biru... N jangan lupa tayangan perdana

BnTB.. penyakit badi 'M' takdo ubek eh doh... Lu pikirrr lah sendiri .. Nanti bila dah lama rehat, sure turun padang balik...

Azi.. silakan... jangan lupa sesi menayang


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net