KILAUAN MUSTIKA

By: musalmah othman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Thursday, 29-May-2008 14:45 Email | Share | | Bookmark
BENGKEL JAHITAN MANIK

SEREMBAN : 01.06.2008
KUALA LUMPUR : 08.06.2008
SHAH ALAM : 29.06.2008

MASA : 10.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG

BAHAN-BAHAN, NOTA & MAKAN TENGAHARI DISEDIAKAN.
KAMI MENGAJAR TEKNIK MENJAHIT MANIK DAN LABUCI SERTA PELBAGAI PATERN & DESIGN MANIK (PESERTA AKAN TERUS MENDAPAT IDEA/PATERN BILA SELESAI MENJALANI BENGKEL INI) DISAMPING ITU KAMI MENGADAKAN PAMERAN BAJU IAITU KOLEKSI KAMI SENDIRI UNTUK TATAPAN PESERTA. JUALAN MANIK JUGA DIADAKAN. PESERTA DIGALAKKAN MEMBAWA PAKAIAN SENDIRI ANDAI MEREKA MEMERLUKAN KAMI MEMBERI CADANGAN WARNA DAN DESIGAN MANIK YG MEREKA PERLUKAN.


P/S : Untuk semua pengunjung yang bertanya melalui sms, saya minta maaf sebab lewat update jadual bengkel dan tak tepek gambar baru. Saya agak sibuk akhir-akhir ini... dan akan bercuti nanti. (Mood pun dah lari sikit... ) Jumpa lagi dilain masa...


Wednesday, 21-May-2008 09:30 Email | Share | | Bookmark
Manik 10 tahun nan lalu & bunga getah

 
 
 
View all 11 photos...
Hari tu ada dianayuss masuk fp ni, pelawa tengok manik2 yang disulam dijadikan bakul bunga telur. Cantik2. Jadi teringat plak pernah sulam juga manik dijadikan bekas tisu. Tak ingat dah bila tapi dah lama. Kalau dianayuss kata 10 tahun lepas, mungkin betullah tu... Daku belajar pun masa tu anak2 kecil lagi, dengan amoi saloon kat sini. Ada juga orang buat handbag, tapi amoi tu tak belajar hehehe.. Bercerita pasal manik ni, teringat ada baju2 masa nikah, masa tunang dan baju2 kurung yang lebih 10 tahun ada jahit manik labuci , tapi sayang dah takda ku simpan..

Ada buat 2 je kotak tisu ni.. ni je yang disimpan...


Ini gambar-gambar daun bunga getah. Saja tepek kat sini cuci mata. Sementara daku free ni. Bukan tuan tanah yang buat, tapi mak mertua. Dulu pernah juga tolong2 dia, tapi kami dan berpecah hobi, jadi cuma tumpang tengok je . Mak mertua memang kreatif (macam menantu nya??? ), kalau masuk pertandingan dia lah juara. Daun getah ni banyak cabang hasilnya, pernah tengok dia framekan, masukkan dalam kad raya, hiasan dalam pasu (bunga pjg2) dan macam2 lagilah. Ni antara hasil2 kerjatangannya...

Sejambangan bunga daun getah..






Bunga telur..



Bunga hiasan


Bunga telur (jenis gantung)



Tuesday, 20-May-2008 02:33 Email | Share | | Bookmark
TEMPAHAN 05[02]/2008

 
 
 
Baju kenalan nun jauh dari Penang.... Harap dia berpuashati. Minta patern "Mayang Mengurai" tapi dia tak mahu labuci yang besar tu ... Susah nak ambil gambar patern ni. Macam baju Puan Rohana juga.. Kainnya pulak licin, puas juga cari sudut yang menarik. Bila ada yang tengok design baju ni, ramai lah pulak nak tempah patern yang sama
Leher nya tebuk besar, (melengkung U) jadi yang sarat cuma di keliling leher sahaja. Tangan n tebuk leher nya simple sahaja.
Leher


Leher & tebuknya (panjang ke bawah)


Tangan (ada belahan)


Tuesday, 13-May-2008 01:43 Email | Share | | Bookmark
TEMPAHAN 5/2008

 
 
 
View all 9 photos...
Tak tau dah nak letak tajuk apa. Sekarang letak je lah bulan dan tahun je lah senang...

Ini Baju yang daku buat paten beriring tu.. dah ubah jadi manik tabur.... Ni close up bunga teratai...

Gambar penuh baju


Ini baju tailor (jiranku)... Katanya baju doktor, tak nak yg terang n paten berat2.. Tangannya pintalan 4 dara..


Badannya nak simple je. Sekarang orang tempah batik sutera, cantik juga jahit manik bunga kat depan sebab dah terletak sejambak bunga kat badan... Ada 2 pasang lagi batik nak jahit macam ni.


Ini Yaya jahit, jubah. Cuma kat depan/bawah leher je. Keliling leher tak da. (pakai tudung labuh agaknya). Customer ni tempah melalui orang tengah..Harap dia puashati.. Gambar penuh tak cantik, blur. Ada buah rantai sebenarnya.

Close up


Baju kawan Cikgu Rhodiah ... nak paten yang sama macam yang dia tempah hari tu


Ini baju Cikgu Rhodiah, katanya suami nya hadiah kan kain ni, warna kelam so dia minta buat manik tabur yang sama juga macam hari tu. Tapi ubah sikit ler bunga nya.


Ini baju cikgu anakku lagi da... Batik macam kat atas tu juga. Tangan dia daku tak ambil gambar sebab patern simple je, beriring single..


Quote:
Lieyna - bunga teratai ni tak sama dengan bunga teratai yang akak buat untuk baju "Perkep" (akak pakai untuk Maulud Nabi) tu. Teratai yang ni senang saje, tak perlu manik. Sebab labucinya dah siap bermangkuk dan berlekuk2. Kalau letak labuci kecil n manik round tu serupa je. (jadinya baik tak payah letak!!!) Masa pun dapat dijimatkan...


Tuesday, 6-May-2008 15:18 Email | Share | | Bookmark
START KERJA, KERJA , KERJA

 
 
 
View all 7 photos...
Dah mula menjahit manik balik. Dah kurang sakit jari jemariku. Tapi bukan semua, banyak Yaya yang jahit.

Pintalan 4 dara..


Beriring , tapi sayang baju ni dah siap labuh dua kali ganda tebuk leher, tuan empunya baju tukar fikiran sebab dah ternampak patern lain. (tengah jahit sekarang, dia tukar manik tabur)


Yaya jahit ... Baju kak Munah
Leher ...

Tangan, pintalan 4 dara juga (tengah musim pintalan 4 dara ni )


Baju Yaya sendiri...



Bajuku sendiri .. (hari tu ada yang tanya kalau jahit manik kat kain opel macamana.. ha ni kain opel ni)


Quote:
Juna - tq, akak dah p dah. Bagus, macam tu ler.. muda2 lagi dah cuba macam2 design..

BnTB - k, muzz dah tengok, tapi biasa lah lum sempat nak pilih tarikh. Nanti check diary dulu ye

Dianayuss - ikut2kan 1 hari bole siap dah. Tapi biasalah kalau banyak masalah melanda, tertangguhlah beberapa hari. Tengoklah baju tu, dah teruk kena kerjakan. Kain dah nipis, anak lak dah besar pun nak minta dukung.. Gitu le jadi nye...Gambar kotak tisu akak dah ambil, nanti kak paste ye

Angahsu - tiru macam saya Ngak apa sehhh... jangan lupa cop KM letak nanti tau .. hehehe... Tengah musim pintalan 4 dara ni. Ni pun akak baru habis jahit batik paten tu jugak. Kalau angahsu nak buat paten ni, pastikan mutiara dalam tu guna mutiara jepun tau. Terang, cantik n berkilat milat. Akak tak jual, cuba dapatkan dekat amoi.

Ija - terima kasih adikku sayang... asik ingat LRT je ye... hehe... Alhamdulillah lah, sekarang tak sibuk dengan macam2 perkara sangat, dapat juga tumpu kan perhatian dengan menjahit. Balik kampung pun sambil sembang dengan kakak2, tangan pun jalan juga


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net